Pesawat Lion Air dari Jakarta ke Sumatra terhempas

JAKARTA: Agensi mencari dan menyelamat Indonesia mengesahkan hari ini sebuah pesawat penumpang milik Lion Air dari Jakarta ke Pangkal Pinang, Sumatra, jatuh terhempas ke dalam laut.

“Disahkan ia terhempas,” kata Yusuf Latif, jurucakap agensi tersebut berkata dalam satu pesanan teks, apabila ditanya tentang kedudukan pesawat Lion Air itu.

Pesawat tersebut terputus hubungan 13 minit selepas berlepas, menurut Yusuf. Ia merupakan sebuah pesawat Boeing 737 MAX 8, menurut perkhidmatan pengesan udara, Flightradar 24.

Bilangan anak kapal dan penumpang bagaimanapun tidak dapat disahkan setakat ini.

“Pada waktu ini kami tidak dapat memberi komen,” kata Edward Sirait, ketua eksekutif Lion Air Group. “Kami sedang mengumpul semua maklumat dan data.”