Bajet 2019: Peruntukan bantu syiar Islam naik RM100 juta

PETALING JAYA: Menteri Kewangan Lim Guan Eng hari ini mengumumkan peruntukan RM1.2 bilion bagi memastikan kemajuan syiar Islam tidak terjejas berikutan keadaan ekonomi yang mencabar.

Peruntukan itu memperlihatkan peningkatan sebanyak RM100 juta berbanding peruntukan pada belanjaawan tahun lepas, RM1.1 bilion.

“Selain itu sejumlah RM150 juta disediakan bagi melaksanakan program termasuk pembinaan masjid dan surau di seluruh negara, inisiatif ‘Khairah Ummah’ untuk melahirkan leih ramai profesional di kalangan huffaz dan modul pembelajaran agama dengan penggunaan braille,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2019 di Dewan Rakyat.

Lim turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM50 juta kepada sekolah tahfiz bagi tujuan menaik taraf dan penyelenggaraan.

Kerajaan mengumumkan jumlah peruntukan yang sama bagi sekolah tahfiz dalam Bajet 2018.