Usain Bolt tinggalkan kelab Central Coast Mariners selepas 8 minggu

Usain Bolt.

SYDNEY: Lagenda olahraga Usian Bolt yang memulakan kariernya sebagai pemain bola sepak, meninggalkan kelab bola sepak Central Coast Mariners Australia selepas menyertai kelab itu Ogos lepas, lapor agensi berita Xinhua.

“Terima kasih kepada pemilik, pengurusan, kakitangan, pemain dan peminat Central Coast yang membuat saya sangat gembira semasa bersama kelab itu. Semoga kelab itu akan terus berjaya pada musim depan,” kata pemain berusia 32 tahun itu.

Beraksi dalam 2 perlawanan pra-musim untuk Mariners, pemenang pingat emas 8 kali itu berjaya menjaringkan 2 gol, ketika pasukannya mewaskan Macarthur South West United dengan jaringan 4-0.

“Walaupun tidak mencapai persetujuan meneruskan aksi Usain Bolt dengan Central Coast, kami sangat gembira mempunyai bekas juara Olimpik dan pemegang rekod dunia selama 8 minggu.

“Diharapkan semoga beliau terus berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi selepas ini,” kata pemilik kelab Mike Charlesworth.