Sempat menyeberang jambatan berlubang sebelum tali keselamatan terputus

Seorang pelancong lelaki sempat menamatkan cabaran menyeberangi jambatan berlubang apabila tali keselamatannya terputus ketika berada di penghujung papan.

Sekiranya gagal, ia mungkin boleh meletakkan pelancong ini dalam situasi yang tidak diigini, di mana jatuh ke dalam jurang sedalam 150 meter.

Kejadian tersebut berlaku pada Isnin lalu, di Taman Tema Ordovician Wansheng, berlokasi 100km dari Chongqing, China, yang merupakan destinasi popular untuk cabaran aktiviti lasak yang mengerunkan.

Melihatkan rakaman video yang sempat dirakam oleh teman lelaki itu, dia kelihatan melompat di atas papan jambatan di penghujung tebing sebelum tali keselamatannya dilihat terputus.

Lelaki itu hanya menyedari tali tersebut terputus setelah sampai di stesen penamat.

Video yang diviralkan di media sosial di China mendapat perhatian netizen yang mempersoal tahap keselamatan taman tema itu selain mencadangkan ia ditutup.

Berikutan pihak berkuasa menjalankan siasatan dan mendapati ia berpunca daripada kecuaian kakitangan taman tema tersebut, lapor South China Morning Post.

Bagaimanapun, atas sebab keselamatan, kawasan yang dikenali sebagai “Extreme Leap,” ditutup sehingga notis selanjutnya.

Seorang jurucakap taman tema mendakwa video sebenarnya diambil untuk tujuan pemasaran dan bukan satu isu kemalangan.

Selain “Leap Extreme,” taman itu terkenal dengan lokasi puncak tinggi, daya tarikan yang mencabar adrenalin antaranya buaian tebing di atas jambatan berketinggian 300 meter dari tanah dan jambatan kaca tergantung berbentuk segitiga sepanjang 80m dari tanah.

Menariknya, tiada jaring keselamatan yang digantung dimana-mana lokasi, pelancong kena bertanggungjawab ke atas keselamatan mereka sendiri kecuali taling gantung keselamatan pada diri peserta.