Pelancong rakam budak lelaki jalanan di Kemboja cakap 10 bahasa

Seorang pelancong dari Malaysia yang tertarik dengan kemampuan budak lelaki di jalanan yang boleh bercakap dalam lebih 10 bahasa berkongsi klip video tersebut kepada netizen.

Pelancong itu yang menggunakan nama, Venus Gwc di Facebook, menemui kanak-kanak itu di Kemboja ketika dia memujuknya membeli barangan berupa cendremata berdekatan kuil Phonm Peh.

“Saya menemuinya di kuil Ta Prohm yang mana lokasi penggambaran filem Tomb Raider,” tulis Venus Gwc dalam posting yang disaksikan lebih sejuta kali itu.

“Saya gembira video ini viral kerana ia menyedarkan orang ramai mengenai kewujudan kanak-kanak yang masih berjuang untuk hidup setiap hari,” tulisnya.

Budak lelaki yang berusia dalam lingkungan 10 tahun dilihat berjalan tanpa selipar mendekati pelancong itu sambil memujukanya membeli barang.

Pada masa sama, dia mengakui boleh bertutur dalam 10 bahasa dan membuktikan dengan menunjukkan bakar tersebut kepada pelancong itu.

Pelancong yang tertarik itu terus mendengarnya bercakap dalam pelbagai bahasa antaranya Mandarin, Kantonis, Jepun, Korea, Sepanyol, Perancis, Jerman, Thai, Filipina dan malah Melayu.

Dia mengira nombor, “Satu, dua, tiga….,” dan seterusnya apabila ditanya jika boleh berbahasa Melayu.

Tertawan dengan kebolehanya pelancongg itu bukan sahaja merakam perbualan mereka tetapi turut membeli barang selepas kanak-kanak itu menyanyi lagi Cina berjudul, “We are different.”

Kini, kanak-kanak itu yang dikenal pasti bernama Thaksin dan keluarga dijemput ke China oleh syarikat media untuk membuat persembahan dan sesi temuramah dengan semua pembiayaan ditanggung oleh pihak penganjur.

Selain itu, Thaksin dan adiknya ditawarkan dengan biasiswa pengajian oleh Cambodian Red Cross untuk meneruskan pendidikan.