Juara Konsert Gegar Vaganza musim kelima (GV5), Noryn Aziz (Gambar Youtube)

Tahniah kepada juara Konsert Gegar Vaganza musim kelima (GV5), Noryn Aziz. Ternyata program realiti ini banyak terlibat dalam kontroversi sepanjang siarannya yang bermula pada tahun 2014 dan berjaya menamatkan 5 musim pada tahun ini.

GV5 pula bermula pada 30 September 2018 dan disiarkan secara langsung pada setiap Ahad jam 9 malam di saluran Astro Ria.

Menariknya rancangan ini sering menjadi sensasi media massa kerana ada sahaja perkara yang dibawa ke perhatian umum. Daripada penaja itu sendiri, hadiah yang ditawarkan, naik turun perjalanan penyanyi ‘senior’ sepanjang acara, jaminan hadiah yang disumbangkan dan banyak lagi.

GV5 juga tiada kurangnya, memandangkan penajanya adalah usahawan kosmetik dan selebriti, Datuk Aliff Syukri Kamaruddin. Siapa tak kenal karenahnya kan?

Penyanyi Amelina

Mungkin ia juga menjadikan GV5 terus mendapat liputan seluas-luasnya sepanjang siaran sehingga tamat.

Di bawah, FMT Ohsem memetik 6 perkara yang menjadi kontroversi sepanjang GV5 sehingga ia menjadi program realiti televisyen yang paling banyak diperkatakan.

Jom lihat rentetan kejadian tersebut:

  1. Masih ingat insiden penyanyi pop eran 80an, Zamani Ibrahim yang pernah mengangotai kumpulan rock, Slam, lupa lirik ketika sedang menyampaikan lagu ‘Dekat Padamu’?
    Bagaimanapun, beliau layak ke acara final selepas penaja utama GV5, Aliff menggunakan imuniti untuk menyelamatkan penyanyi lagu Isabella ’98 itu. Persembahan beliau membawa lagu ‘Di Matamu’ mendapat pujian juri dan netizen.
  2. Datuk Seri Aliff Syukri mencetuskan kemarahan orang ramai selepas mengeluarkan kenyataan menghina dan memalukan dalam acara langsung kononnya untuk mempromosi produk pencerah kulit. Alif berkata mahu mencari seorang wanita ‘ugly’ dalam kumpulan penonton untuk membuktikan kehebatan produk. Dia juga menggelarnya sebagai ‘bomoh’. Dalam pada itu, penyanyi muda, Santesh turut mendapat tempias apabila Alif mengeluarkan kata-kata berbaur racist berhubung warna kulit penyanyi itu.
  3. Pereka fesyen Razman Razmi kesal apabila pihak Amelina tidak memakai baju yang direkanya. Beliau sudah tarik diri dari menaja pakiaan GV5 tetapi pada saat akhir selepas pihak terbabit memilih pakaian dari pereka fesyen lain untuk Amelina. Saya setuju nak buat baju Amelina untuk minggu ketujuh disebabkan ada kenalan rapat yang minta tolong walaupun sebenarnya saya dah menarik diri daripada menaja pakaian peserta GV5. ‘No more’ lepas ni,” katanya.
  4. Jangkaan orang ramai mengenai juara GV5 iaitu Norazmahwati binti Abdul Aziz atau Noryn Azizi nampaknya tepat. Seolah sudah sedia tahu, kecuali jika ia tidak berpihak kepada beliau. Apapun FMT Ohsem mengucapkan tahniah kepada menjangkakan bahawa penyayi Noryn Azizi adalah juara GV5 dan beliau telah dinobatkan sebagai juara. Mungkin generasi baru tidak mengenali beliau apatah lagi beliau hilang dari radar hiburan seketika.
  5. Pentas GV tidak pernah pudar tanpa ‘gangguan’. Sepanjang rancangan ini daripada musim pertama hinggalah kelima, banyak aduan yang ditimbulkan oleh peserta sehingga menjadi bahan berita utama. Antaranya:
    – Zamani gagal membuat persembahan kerana masalah suara semasa konsert minggu ke-5, GV5
    – Syura akui berat badannya susut 12 kg selepas sertai acara itu pada GV4
    – Elly Mazlein berkata sangat tertekan sepanjang penglibatannya pada GV3, Liza – – Hanim hilang fokus ketika buat persembahan pada GV4
    – Zur Eda, peserta GV3 dituduh menggunakan khidmat bomoh untuk kekal
    – Siti Sarah menafikan terkena sihir selepas pengsan selepas buat persembahan ketika GV3
    – Amelina pula akui panik dan musykil tiba-tiba hilang suara walaupun tidak berdepan sebarang isu kesihatan sepanjang GV5
  6. Datuk Jamal Abdillah mengatakan suara koyak Zamani bukan sebab ilmu hitam tetapi masalah penyanyi kerana tidak cukup rehat dan mungkin kurang sihat sewaktu persembahan.