Baru-baru ini, Persatuan Haiwan Malaysia dalam satu muatnaik laman sosial berkongsi berita kejadian harimau kumbang betina yang mati setelah bertembung dengan sebuah kereta di KM356 Lebuhraya Pantai Timur 2.

Nampaknya kerakusan manusia atas nama pembangunan terus mengancam habitat haiwan liar, lebih teruk yang diancam kepupusan terus terkorban di atas lebuh raya kerana kemalangan.

Walhal, harimau kumbang tersebut bukanlah satu-satunya spesis yang mati dalam insiden sedemikian, sepanjang tahun dan masa ada sahaja binatang liar yang menjadi mangsa.

FMT Ohsem berkongsi beberapa insiden kemalangan melibatkan haiwan liar termasuk pupus yang pernah berlaku di lebuhraya di Malaysia.

Tapir

Tapir adalah haiwan yang paling banyak terbunuh dari rekod Perlindungan Hidupan Liar Taman Negara (PERHILITAN), dan menunjukkan antara spesis yang sering terancam kerana terlibat dengan kemalangan jalan raya dalam tempoh 5 tahun lalu dari 2012 hingga 2016.

Sebanyak 68 ekor tapir telah dilaporkan mati dalam kemalangan jalan raya dalam tempoh 5 tahun lepas.

Gajah

Pada 11 Mei tahu lepas, sebanyak 4 ekor gajah telah dilaporkan mati menurut Perhilitan pada tahun lepas lapor Harian Metro.

Pada 21 Mei lalu, laporan dari Utusan Malaysia menunjukkan terdapat seekor gajah liar yang telah mati selepas dilanggar oleh sebuah treler di Mersing pada pukul 2.30 pagi. Pada tahun lepas, di Gerik, Perak seekor gajah betina telah mati dilanggar oleh sebuah bas.

Harimau

Pada 6 Februari 2016, seekor harimau belang mati d irempuh Hyundai Starex dalam kejadian 321.2 LDP 2, Kemaman pada awal pagi. Insiden ini dipercayai berlaku ketika harimau terbabit cuba melintasi lebuh raya berkenaan sebelum dilanggar kenderaan pelbagai guna (MPV) itu yang dipandu dari arah Kuala Lumpur menghala ke Kuala Terengganu.

Harimau kumbang

Pada 23 Jun 2017, seekor harimau kumbang jantan dilanggar oleh kenderaan berat di Jalan Sungai Yu- Merapoh, Kuala Lipis.

Haiwan tersebut mengalami kecerderaan serius pada beberapa bahagian badan termasuk kepalanya selepas dipercayai kenderaan melanggar memandu laju.

Kucing hutan

Kucing hutan adalah haiwan yang susah untuk ditemui, tetapi haiwan ini juga sering mati dilanggar dan ditemui mati pada tahun lepas, 21 Februari 2017.

Haiwan ini adalah sangat jarang dilihat dan sudah banyak kemalangan melibatkan kucing hutan dan satu hari nanti ia akan pupus jika spesisnya semakin berkurang.