25 maut letupan bom kereta di kediaman ulama Somalia

Letupan bom kereta itu dilakukan militan al-Shabaab. (Gambar AFP)

MOGADISHU: Sekurang-kurangnya 25 orang maut dan beberapa lagi cedera selepas bom kereta diletupkan, dipercayai dilakukan militan al-Shabaab yang kemudian menyerang kediaman seorang ulama di Galkayo di tengah Somalia, menurut sumber polis dan penduduk tempatan.

Pegawai polis Mohamed Abdi di Galkayo memberitahu Xinhua kereta yang sarat dengan bom itu merempuh pintu gerbang sebelum lelaki bersenjata menyerbu kediaman ulama berkenaan.

“Kami dimaklumlan lebih 25 orang maut dalam insiden pada Isnin itu,” kata Abdi.

Ulama dikenali Sheikh Abdiweli Ali Elmi baru-baru ini mencetuskan kontroversi selepas al-Shabaab menuduhnya menghina Nabi Muhammad.

Al-Shabaab mengaku bertanggungjawab ke atas serangan itu dan mengatakan mereka menyasarkan kumpulan ulama Elmi di bandar Galkayo.