Dr M lancar PPBM Sarawak

Dr M lancar PPBM Sarawak

Dr Mahathir berkata kehadiran yang ramai menunjukkan rakyat Sarawak ingin PPBM melebarkan sayap ke negeri itu.

Dr Mahathir bersama pimpinan PPBM di majlis pelancaran PPBM Sarawak di Bintulu malam tadi. (Gambar Bernama)
BINTULU:
Tun Dr Mahathir Mohamad malam ini melancarkan PPBM Sarawak di Dewan Suarah Bintulu.

Dr Mahathir kagum dengan jumlah kehadiran yang ramai yang tentu menunjukkan rakyat Sarawak ingin PPBM melebarkan sayapnya ke negeri ini.

Turut hadir pada majlis berkenaan ialah isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

Pemimpin PPBM yang hadir termasuk Timbalan Presiden Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir, Naib Presiden Datuk Abdul Rashid Ansari, Setiausaha Agung Datuk Marzuki Yahya, Ketua Wanita Datuk Seri Rina Harun serta Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi dan penyelaras PPBM Sarawak Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof.

Dr Mahathir adalah pengerusi PH, yang dianggotai oleh DAP, PKR, serta Amanah, dan beliau juga merupakan pengerusi PPBM.

Ini merupakan lawatan kali pertama Dr Mahathir ke bandar minyak dan gas ini sejak beliau kembali sebagai perdana menteri buat kali kedua selepas memenangi pilihan raya ke-14 pada 9 Mei.

Beliau dijadual kembali ke ibu negara pagi esok.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.