Hilang kaki kerana Pokemon Go

Hilang kaki kerana Pokemon Go

Kaki kanan lelaki tersebut terpaksa dipotong selepas terjatuh ke landasan kereta api elektrik ketika asyik melihat skrin telefon pintarnya.

Walaupun fenomena Pokemon Go tidak lagi sehebat waktu permainan fantasi ini diperkenalkan pada 2016, masih ada segelintir peminat tegar yang masih aktif mengejar watak-watak comel Pokemon di seluruh dunia.

Namun, sejak permainan ini mula dimuat turun, terdapat banyak kes kemalangan yang dilaporkan melibatkan pemain.

Bagi seorang pemain Pokemon Go dari Salisbury, Wiltshire, dia nampaknya terpaksa membayar harga yang sangat tinggi ‘to catch them all’.

Menurut laporan Dailymail, kaki kanan lelaki yang namanya tidak dinyatakan terpaksa dipotong selepas terjatuh ke landasan kereta api elektrik ketika asyik melihat skrin telefon pintarnya.

Dia terjatuh ke landasan kereta api dan menderita terbakar tahap tiga dan empat di kaki, dada, lengan dan rahangnya. Dia mempunyai luka akibat terkena elektrik voltan tinggi di bahagian depan kedua-dua peha, lutut dan siku kanannya, dadanya dan sebelah kanan wajahnya.

Luka terbakar yang dialaminya adalah luka terbakar ketebalan penuh – bermakna ia membakar seluruh kulit termasuk otot dan tisu di bawahnya.

Selepas dua hari di hospital, pembedahan susulan terpaksa dilakukan untuk mengeluarkan lebih banyak daging, bersama-sama dengan lututnya, yang mula membusuk.

Doktor akhirnya memutuskan untuk memotong kaki kanannya di atas lutut, meninggalkan peminat yang malang dengan ‘kecacatan kekal’.

Doktor yang merawat lelaki terbabit memberi amaran kepada ramai orang bahwa ia adalah sangat berbahaya untuk menggunakan telefon semasa berjalan, anda mungkin boleh kehilangan nyawa!

 

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.