PAC umum rombakan kecil, 3 anggota ditukar

William Leong, Nurul Izzah Anwar dan Noraini Ahmad dilantik dalam rombakan PAC.

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) hari ini mengumumkan rombakan kecil selepas beberapa individu dikeluarkan sebagai ahli jawatankuasa PAC.

Senarai baru tersebut menyaksikan bekas pengerusi PAC Datuk Seri Hassan Ariffin terkeluar dan digantikan dengan Ahli Parlimen Parit Sulong Datuk Noraini Ahmad.

Antara nama baru yang dilantik ialah Ahli Parlimen Permatang Pauh Nurul Izzah Anwar bagi menggantikan Ahli Parlimen Johor Bahru Akmal Nasrullah Mohd Nasir.

Selain itu, Ahli Parlimen Selayang William Leong Jee Kee dilantik sebagai ahli baru untuk menggantikan Ahli Parlimen Puncak Borneo Willie Mongin.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Beluran Datuk Seri Ronald Kiandee dilantik sebagai pengerusi PAC baharu 5 bulan lalu.

Naib pengerusi disandang Ahli Parlimen Ipoh Timur Wong Kah Woh.