Emiriah Arab Bersatu kini mempunyai pasport paling berkuasa di dunia, menurut ranking terbaru yang dikeluarkan Passport Index, dengan warga negaranya boleh terbang tanpa visa ke jumlah negara paling banyak.

Negara Timur Tengah ini meraih tempat teratas dalam senarai selepas empat lagi negara ditambah ke senarai destinasi bebas visa negara tersebbut bermula 1 Disember 2018.

UAE mengalahkan Singapura, yang kini berada ditempat kedua bersama Jerman. Singapura berada di tangga pertama tahun lalu.

Pasport Amerika Syarikat pula naik tiga tangga ke tempat ketiga sementara United Kingdom di tangga keempat.

Kedudukan pasport antarabangsa yang dilakukan Passport Index adalah berdasarkan akses rentas sempadan dinikmati pemegangnya. Ia telah dibangunkan oleh perunding global, Arton Capital yang berpusat di Kanada.

Pemegang pasport UAE kini boleh bterbang ke 167 negara sama ada tanpa visa sama sekali, atau visa yang dikeluarkan semasa ketibaan.

Ini pencapaian paling besar kerana UAE langsung tidak tersenarai pada 2017.

Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum, Amir Dubai, dalam tweet berkata: ‘Tahniah kepada UAE dan rakyatnya dan terima kasih banyak kepada Kementerian Luar Negeri dan pasukan Kerjasama Antarabangsa.’

Pasport Singapura dan Jerman menawarkan visa percuma atau perjalanan visa ke atas ke 166 negara di seluruh dunia.

Sementara itu,pasport paling tidak berkuasa adalah yang dikeluarkan oleh Afghanistan, yang menawarkan akses tanpa visa kepada hanya 29 negara.

Pasport lemah lain termasuk dari Iraq (32 negara), Pakistan (35 negara), Syria (36 negara) dan Somalia (38 negara).

10 Pasport Paling Berkuasa 2018

1. Emiriah Arab Bersatu
2. Singapura, Jerman
3. Denmark, Sweden, Finland, Luxembourg, Perancis, Itali, Belanda, Sepanyol, Norway, Korea Selatan, Amerika Syarikat
4. Belgium, Austria, Japan, Greece, Portugal, Switzerland, Ireland, Kanada, United Kingdom
5. Republik Czech, Hungary
6. Malta, Iceland, New Zealand
7. Malaysia, Slovenia, Poland, Lithuania, Slovakia, Latvia, Australia
8. Estonia
9. Romania, Bulgaria
10. Cyprus, Liechtenstein