Sebab meragut, buruk nama Malaysia di mata pelancong

Hoi peragut, jangan burukkan nama Malaysia!

Video seorang pelancong diragut di hadapan pusat membeli belah Times Square boleh membuat orang luar salah anggap dengan keselamatan mereka di negara ini.

Malaysia kita negara yang penuh dengan warna warni dan menjadi pilihan pelancong asing yang kagum dengan budaya dan keunikan bumi bertuah ini.

Sifat ramah warga kita sering menjadi sebab utama mereka ke sini. Namun ada juga segelintir yang cuba merosak imej negara di mata pelancong asing.

Semalam, pasangan pelancong asing telah menjadi mangsa ragut dalam satu video yang viral di Facebook. Menurut Viral Media Johor, kejadian ragut ini telah berlaku di hadapan Times Square.

Wanita terbabit dikatakan cedera apabila peragut yang menunggang motosikal bertindak menarik beg silang yang dipakainya dan menyebabkan mangsa terheret dan jatuh di atas jalan.

Rata-rata netizen yang melihat video terbabit marah dengan kelakuan buruk peragut kerana ia boleh menjejaskan nama Malaysia dalam sektor pelancongan. Ramai yang beranggapan bahawa pelancong akan melabel negara ini sebgai tidak selamat.

Jangan kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Pada peragut, cuba la cari kerja, jangan malas sangat!