Kalau mengidam makan char keow teow dan kebetulan berada di Bandar Tun Hussein Onn, bolehlah singgah ke Warung Simple BTHO.

Perjalanan anda pasti berbaloi kerana istimewanya char keow teow disini, ia dihidangkan dalam talam!

Satu dulang Char Koew Teow boleh boleh dikongsi 6 orang. Lauknya juga pelbagai. RM30 untuk ketam, sotong, kerang dan udang.

Warung Simple BTHO mula beroperasi dari jam 5 petang sehingga tengah malam.

Bukan sahaja harganya berpatutan, hidangan ini pasti nampak ‘hip’ untuk anda muat naik ke laman Instagram. Selamat menjamu selera!

Warung Simple BTHO

Waktu Operasi: 5ptg-12mlm

Lokasi: 1, Jalan Sutera 4, Taman Sutera Residences, Tun Hussein Onn, 43200 Cheras 9 Miles, Selangor