PM: Sempadan perairan Malaysia, Singapura akan diukur

Dr Mahathir Mohamad.

SHAH ALAM: Putrajaya akan mengukur sempadan perairan Malaysia dan Singapura bagi memastikan had pelabuhan di Johor Bahru tidak melepasi sempadan antara 2 negara.

“Kita boleh ukur ia betul ataupun tidak, garisan mereka itu tidak kena dan kita masih ada dalam perairan kita,” kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau ditemui selepas merasmikan Persidangan Perwakilan 3 tahun sekali kali ke-21 Persatuan Pekerja Pakaian Seragam Pos Malaysia UPUS di Shah Alam.

Sebelum ini Singapura dilaporkan membantah rancangan Malaysia memperluaskan had pelabuhan di Johor Bahru dan menyifatkannya sebagai menceroboh perairan wilayah tersebut.

Kementerian Pengangkutan Singapura berkata, pihaknya meminta Malaysia menarik semula cadangan untuk meluaskan pelabuhan sebagai mencerminkan kedaulatan Singapura berhubung perairan, sementara Malaysia mempertahankan diri daripada mengambil sebarang tindakan lanjut sebelah pihak.

Kementerian itu juga mendakwa kapal Malaysia turut melakukan pencerobohan ke dalam perairan wilayah republik itu sejak 2 minggu lalu di luar Pantai Tuas, terletak di barat negaranya.