Selam skuba, ikuti 5 tips sebelum menyelam

Gambar KAIA Underwater Academy (SSI), Zaity Zarida Mohd Razali.

Selaman skuba adalah satu sukan reakreasi yang dilihat ekstrim bagi sesetengah orang.

Kebanyakkan mereka yang gemar menyelam skuba akan mengambil lesen bagi membolehkan mereka meneroka keindahan bawah laut yang menakjubkan.

Bagi anda yang pertama kali mencuba selaman skuba, ini adalah tip-tip yang dikongsi jurulatih selaman skuba KAIA Underwater Academy (SSI), Zaity Zarida Mohd Razali.

Agensi dan jurulatih

Anda semua sebelum pergi belajar selaman skuba pasti akan pilih agensi mana yang terbaik? Pastikan anda memilih agensi dan jurulatih yang bertauliah.

Sebagai pengguna anda berhak untuk minta dan lihat kad professional jurulatih sebelum mereka mengajar anda.

Agensi diiktiraf

Pastikan anda belajar dengan agensi yang diiktiraf mengikut piawaiaan yang ditetapkan agar tidak terjadi perkara yang tidak diingini.

Teknik Berenang

Sebelum anda sertai selaman skuba atau ambil lesen, pastikan anda mengetahui asas berenang supaya tidak panik di dalam air dan dapat melatih ada keberanian di dalam air.

Tubuh kena ‘fit’

Badan anda perlu ‘fit’ sebelum mengambil lesen skuba kerana kesihatan anda akan menjamin selaman anda di lautan.

Contohnya sebelum anda menyertai selaman, anda perlu selalu jogging untuk belajar mengawal pernafasan. Bagi orang yang ada asma dan tekanan darah tinggi tidak disarankan untuk sertai selaman skuba.

Jadikan snorkeling sebagai asas latihan

Sebelum anda semua mencuba aktiviti selaman skuba, pastikan anda pernah lakukan aktiviti snorkeling di lautan. Ini akan membantu anda sebelum membuat selaman skuba dan satu asas yang perlu ada untuk selaman skuba.

FMT Ohsem berharap tip ini dapat membantu anda yang berminat untuk sertai selaman skuba pada masa akan datang.