Ramai yang jatuh sakit sekarang, macam musim. Apakah ia mungkin disebabkan faktor cuaca yang tidak menentu, masalah pencemaran udara yang menekan sehingga membawa kepada masalah kesihatan atau perkara lain?

Apapun, tubuh kita mestilah bersedia menghadapi semua jenis cabaran luar yang boleh memberi kesan kepada kesihatan secara menyeluruh. Caranya, mudah sahaja, bekalkan tubuh dengan nutrisi pemakanan yang sihat.

Dengan cara ini, anda dapat menguatkan sistem kekebalan tubuh supaya imun kepada penyakit.

Selain makanan, amalkan juga gaya hidup sihat seperti bersenam, elakkan merokok, bertopeng apabila terdedah kepada pencemaran serta kekalkan kebersihan diri.

FMT Ohsem memetik beberapa makanan yang membantu meningkatkan sistem imunisasi tubuh untuk melawan penyakit mahupun mengelakkan anda daripada diserang sebarang masalah kesihatan, seperti yang dipetik dari CNN Health.

1 Oren

Oren adalah buah-buahan yang kaya dengan Vitamin C, justeru ia dapat mencegah seseorang daripada jatuh sakit. Malah, ia juga membantu meningkatkan pengeluaran sel darah putih yang penting untuk melawan jangkitan.
Selain oren, buah sitrus seperti limau dan lemon juga atau limau juga boleh menjadi pilihan.

2 Bawang putih

Pengambilan bawang putih sememangnya amat berkhasiat untuk tubuh anda. Ini kerana komponen dalam bawang putih meningkatkan sistem kekebalan tubuh dan melawan bakteria berjangkit, menurunkan tekanan darah serta menguatkan arteri yang perlahan.

3 Dadih

Makanan dari tenusu, dadih adalah kaya dengan sumber probiotik atau dikenali bakteria baik. Ia memberi kekebalan terhadap penyakit khususnya berkaitan jangkitan. Makanan superfood ini juga menggalakkan tidur dan penghadaman.

4 Sup tulang ayam

Sup tulang ayam kaya dengan kolagen, jadi ia amat penting dalam sistem imunisasi tubuh. Dalam pada itu ia juga tinggi dengan asid amino yang mana baik untuk masalah keradangan.

5 Halia

Halia sering menjadi bahan yang dicampurkan dalam makanan seperti sayur goreng atau daging. Rasanya yang panas dan hangat mengekalkan komponen anti-radang selain mengurangkan sakit tekak dan mual.

5 Kunyit

Kunyit mempunyai kandungan anti oksidan dan anti radang yang membantu tubuh ‘merawat’ sendiri dan kembali sihat. Pengambilan kunyit hidup sebagai minuman jamu atau kunyit organik dalam susu banyak membantu.

6 Badam

Kunyah badan setiap hari, ia bukan sahaja menjadi snek yang sihat dan meningkatkan sistem ketahanan badan malah membantu mengurangkan berat badan. Badam mengandungi vitamin E lemak larut yang diserap dengan sempurna oleh badan. Vitamin E amat berguna untuk mengekalkan kekebalan tubuh.

7 Bayam

Bayam terkenal dengan sumber Vitamin C dan besi. Ia juga kaya akti-oksidan selain tingi beta carotene yang membantu dalam melawan penyakit yang disebabkan jangkitan. Cara makan, elak terlebih masak agar ia tidak menghancurkan vitamin dan nutrisi yang terkandung.