
Pistol renjatan elektrik itu merupakan pilihan selamat untuk memberkas orang yang disyaki tanpa menyebabkan kematian atau kecederaan kekal.
“Kami optimis produk ini akan mendapat sambutan memandangkan ia lebih selamat berbanding yang ada dalam pasaran sekarang,” kata Pengarah Urusannya Bahtiyar Rahim pada sidang akhbar mengumumkan pelantikan syarikat itu hari ini.
Pistol renjatan elektrik tanpa wayar itu dilancarkan di Ankara, Turki baru-baru ini dan dijangka berada di pasaran Malaysia pada akhir Januari 2019.
Dian Synergy merupakan syarikat pemacu teknologi dan inovasi yang menumpukan kepada penyelesaian ketenteraan dan pertahanan.
Syarikat itu menyediakan inovasi terkini untuk peranti pertahanan dan ketenteraan yang berteknologi tinggi.
Albayrak Group of Companies yang ditubuhkan pada 1952 terlibat dalam pelbagai industri termasuk teknologi pertahanan, pelancongan, hotel dan pengurusan sisa pepejal.