Pada lelaki yang kurang makan sayur dan minum jus buah-buahan, ini masa yang sesuai untuk mula masukkan sayuran dan buah dalam diet anda. Ini untuk mengurangkan risiko nyanyuk!

Menurut kajian,minum segelas jus oren setiap hari dapat mengurangkan hampir 50 peratus risiko anda mendapat nyanyuk atau dementia.

Penulis kajian utama Changzheng Yuan berkata pengambilan sayuran jangka panjang, buah dan jus oren ‘mungkin bermanfaat’ untuk mengekalkan fungsi kognitif.

Kajian yang dilakukan ke atas hampir 28,000 lelaki selama dua dekad mendapati lelaki yang minum segelas kecil jus oren kecil mempunyai 47 peratus kurang kemungkinan jadi pelupa, terutamanya dalam mengikuti arahan atau navigasi kawasan-kawasan yang biasa.

Penyusutan dalam ingatan, pemahaman dan episod kekeliruan boleh menjadi tanda awal penurunan fungsi otak yang pada akhirnya dapat membawa kepada demensia yang mengancam nyawa.

‘Buah-buahan dan sayuran kaya dengan vitamin dan nutrien, termasuk antioksidan, yang dapat membantu melindungi otak,’ kata Dr Hannah Gardener, seorang penyelidik di University of Miami, yang tidak terlibat dalam penyelidikan.

Ini memberikan manfaat kesihatan yang dapat melindungi otak daripada membina molekul yang tidak diinginkan dan mengekalkan bekalan darah yang sihat ke otak.

Ini ingatan untuk lelaki di luar sana, sebelum simptom nyanyuk datang…penuhkan diet anda dengan sayuran hijau dan buah!