Kalau cakap pasal kecantikan dan wanita, sampai bila pun tak habis. Setiap hari ada saja yang mahu berkongsi tips untuk nampak cantik. Dari helah solekan hingga ke cara penjagaan kulit, semua berada di hujung jari anda.

AWAS! Ada antara tips ini yang mungkin tidak sesuai diamalkan semua.

FMT Ohsem senaraikan dibawah antara tips and tricks kecantikan wanita yang dikongsi wanita lain. Kalau ada yang berani mencuba, silakan.

1. Petroleum jelly boleh melentikkan bulu mata

Ramai netizen percaya pakai ‘vaselline’ boleh lentikkan bulu mata?

Sebenarnya ia tidak membantu kerana fungsi sebenarnya adalah untuk melembapkan kulit yang kering. Janganlah gigih sangat pakai petroleum jelly pada bulu mata ya!

2. Arang sebagai ganti eyebrow liner

Baru-baru ini viral di Thailand, wanita menggunakan arang untuk menebalkan kening.

Arang kan berdebu, FMT Ohsem risau jika kulit sensitif dan bermasalah.

3. Berus gigi boleh lembutkan bibir

Berus gigi tidak berfungsi buang kulit kering di bibir. Dikhuatiri boleh buat bibir anda luka! Lebih baik amalkan pengunaan lip scrub.

4. Vaginal Cream/Krim pencukur lelaki sebagai Primer

Jika anda merupakan beauty junkies, pernah lihat trik mekap menggunakan Vaginal Cream sebagai Primer?

Seorang gadis berani mengambil risiko mencuba keberkesanan Vagisil sebagai asas solek, dan menurutnya hasil sangat mengejutkan positif.

“Vagisil mengandungi resorcinol, yang biasa digunakan dalam produk penjagaan kulit kerana ia mempunyai manfaat pengelupasan.”

Ada pula yang gunakan krim pencukur untuk ganti primer konvensional. Dipopularkan oleh Youtuber NikkieTutorials yang menggunakan krim pencukur lelaki sebagai asas solekan kerana kandungan glycerin yang tinggi. Menurutnya, glycerin membuatkan solekan lebih baik, tahan lama dan selamat digunakan.

Boleh percaya ke?