Ibu bapa pakailah kondom kawal kelahiran, susu formula makin mahal

Ibu bapa pakailah kondom kawal kelahiran, susu formula makin mahal

Netizen di Twitter, memberi nasihat kepada orang ramai untuk kawal jumlah anak kerana kos harga susu formula mahal.

Anak memang adalah rezeki. Pasangan mana yang mendirikan rumah tangga tidak mahukan zuriat sendiri?

Anak itu amanah tuhan, tetapi fikirkanlah jika nak tambah anak lagi kerana harga susu formula semakin mahal.

Menurut seorang warga instagram, Effi Saharudin, harga susu formula untuk seorang anaknya sahaja melebihi RM600 untuk keperluan sebulan tidak termasuk kos penjagaan pengasuh bermula dari RM500.
Ekoran itu, beliau menyuruh orang ramai untuk merancang keluarga sebaiknya kerana bukan semua ibu yang menyusu badan atas beberapa faktor dan terpaksa mencari alternatif lain.

Malah menurut laman Bank Negara Malaysia (BNM), kos penjagaan bayi termasuk penjagaan masa minum susu, belian pakaian baru setiap 2 hingga 3 bulan, lampin pakai buang dan barangan permainan bayi mengikut peringkat umur sahaja boleh mencecah hingga RM1,000 sebulan

Ini tidak termasuk kos perubatan seperti jatuh sakit dan suntikan, kos pembelian kereta sorong atau bantuan berjalan mengikut usia, alat permainan, katil, tilam dan sebagainya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.