
Beliau dituduh bersubahat dengan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung kesalahan itu, yang dikatakan dilakukan di Pejabat Perdana Menteri antara 22 dan 26 Feb 2016.
Arul didakwa mengikut Seksyen 28(1)(c) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang membawa hukuman penjara 20 tahun dan denda RM10,000 atau 5 kali jumlah suapan yang diterima.
Beliau mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Rozina Ayub.
Mahkamah membenarkan ikat jamin sebanyak RM500,000 dengan seorang penjamin, dibayar hari ini. Arul juga diberitahu untuk menyerahkan pasportnya sementara menunggu perbicaraan kes itu selesai.
Bapa mertua Arul menjadi penjaminnya.
Peguam Arul, Datuk N Sivanathan, meminta jaminan itu dibayar secara ansuran sebanyak RM250,000 hari ini dan selebihnya esok. Beliau berkata Arul kini menganggur dan memerlukan masa untuk mendapatkan jumlah yang diperlukan.
Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Akram Gharib menolak permintaan itu.
Rozina menetapkan sebutan semula kes pada 4 Jan 2019.
Sementara, Pendakwa raya Fiat Datuk Seri Gopal Sri Ram memaklumkan kepada mahkamah bahawa dia akan mengendalikan perbicaraan dengan Najib.