
Dalam Twitternya, beliau memberitahu, arah tuju Umno masih belum pasti, dengan terdapat banyak isyarat dari atas yang membuat ahli akar umbi keliru.
“Sekejap ke kiri, kemudian ke kanan dan tengah. Pilihan raya umum sudah berlalu 6 bulan, tetapi Umno masih belum memberi isyarat jelas ke mana arah yang hendak dituju.
“Dalam konteks Sabah, Umno pusat telah gagal membaca keunikan politik pasca PRU14,”
“Tiada usaha berterusan dan kuat mengenai ‘engagement’ (rundingan) sejak PRU14,”
“Tetapi tidak ramai akan akui arah tuju yang diambil oleh Umno adalah satu daripada faktor kenapa pemimpin-pemimpin Umno Sabah membuat keputusan meninggalkan Umno.
“Ini dijelaskan di para 10 dan 11 kenyataan Datuk Seri Hajiji Mohd Noor,” katanya, merujuk kepada ketua Umno Sabah yang akan berundur itu.
Hajiji berkata, keadaan Umno bukan seperti suatu masa dahulu kerana kepimpinan parti itu sekarang lemah dari segi memberi isyarat jelas arah tuju politik.
Mereka yang tinggalkan Umno, katanya, tidak akan mempunyai parti buat masa ini tetapi telah menyatakan sokongan terhadap Pakatan Harapan dan kerajaan negeri.
“Kita tidak pasti ke mana Umno sedang tuju. Terdapat pandangan yang bertentangan berkaitan ‘arah ke depan’. Ia bergantung dengan siapa di dalam kepimpinan tinggi yang anda cakap<‘ katanya.
Abdul Rahman berkata, dalam analisis Umno Sabah tentang trend politik masa kini, mereka mengambil kira hakikat bahawa Umno Sabah mempunyai lebih 100,000 ahli bukan Islam.
“Sebarang anjakan dalam arah tuju politik parti akan menjejas sokongan berterusan mereka untuk Umno,” katanya.