
Kajian selama 4 bulan melibatkan 74 orang berumur antara 18 dan 34 tahun mendapati mereka yang memuat turun banyak imej dan selfie di laman sosial mempunyai purata 25% peningkatan dalam sifat narsisisme seperti exhibitionism, iaitu perasaan suka diberikan pujian dan mengeksploitasi orang lain.
Kajian tersebut mendapati ramai di kalangan mereka memenuhi kriteria definisi klinikal gangguan personaliti narsisistik.
“Banyak dakwaan mengenai kaitan antara narsisisme dan muat turun imej di laman sosial seperti Facebook tetapi tidak pernah diketahui jika seorang narcissist menggunakan platform ini lebih kerap, atau penggunaannya meningkatkan risiko ke arah narsisisme,” kata pengarah kajian, Phil Reed.
“Hasil kajian mendapati kedua-duanya berlaku tetapi memuat turun gambar swafoto boleh meningkatkan risiko narsisisme,” beliau menambah.
Namun, kajian tersebut tidak boleh membuktikan memuat turun banyak selfir terkait dengan narsisisme.
“Mengambil kira sampel kami, menunjukkan 20% daripada populasi mungkin berisiko mengalami sifat narsisisme disebabkan penggunaan imej di laman sosial secara berlebihan,” kata Reed sebagai kesimpulan.
Apa yang menarik ialah Reed dan kumpulannya juga mendapati mereka yang kerap memuat turun kandungan bertulis di media sosial tidak mengalami peningkatan risiko narsisisme.
Kajian tersebut diterbitkan secara atas talian di Open Psychology Journal.
Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.