
Badan penyiaran kerajaan RTP dan media tempatan Correio de Manha melaporkan, helikopter berkenaan terhempas, membunuh 2 juruterbang, seorang jururawat dan seorang doktor. INEM berkata, satu operasi menyelamat telah dilancarkan, tetapi helikopter itu belum ditemui.
Helikopter INEM tersebut hilang kira-kira jam 6.30 petang Sabtu selepas mendaratkan seorang pesakit berusia 76 tahun yang berhadapan masalah jantung di sebuah hospital di Porto.
Jurucakap di stesen bomba Valongo di wilayah itu berkata, 200 petugas penyelamat kini mencari helikopter tersebut.
Menurut INEM, helikopter berkenaan dalam perjalanan balik ke pangkalannya di daerah Braganca apabila terhempas dalam cuaca buruk.