SPRM sah terima laporan rasuah terhadap Zahid

SPRM sah terima laporan rasuah terhadap Zahid

Laporan mendakwa presiden Umno menyogok ahli parti bagi memenagi jawatan presiden sewaktu pemilihan parti Julai lepas.

KUALA LUMPUR:
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mengesahkan menerima laporan dakwaan rasuah terhadap Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sewaktu pemilihan parti itu Julai lepas.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Azam Baki berkata laporan tersebut dibuat pada Jumaat lalu.

“Ya. Memang ada ‘report’ dibuat kepada SPRM. Jadi, kita akan lihat kepada ‘report’ ini dan sekiranya memang ada unsur-unsur rasuah, SPRM akan menjalankan siasatan.

“Baru sahaja diterima Jumaat…Jadi tindakan akan diambil secepat mungkin,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Laporan terhadap Zahid itu dibuat di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.

Ia mendakwa presiden Umno itu menyogok ahli parti bagi memenangi jawatan presiden sewaktu pemilihan parti.

Laporan itu turut menyatakan mempunyai nama-nama saksi terlibat termasuk bukti-bukti seperti gambar dan dokumen.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.