Ingat lagi tak kes pemandu Rapid yang dipukul orang ramai sehingga tidak sedarkan diri dan dilaporkan kritikal Hospital Ampang beberapa bulan lalu kerana melanggar sebuah gerai kawasan Hulu Klang, sebelum melarikan diri.

Belum lagi ‘selesai’ kes tersebut, muncul pulak kes terbaharu membabitkan seorang pemandu bas Rapid dari Pulau Pinang dipukul penumpang Jumaat lalu.

Kejadian tersebut yang berlaku sekitar pukul 7.30 pagi Jumaat lalu dipercayai kerana penumpang terbabit ‘mengamuk, kerana pemandu yang berusia 43 tahun itu tidak membuka bas berkenaan untuk lelaki tersebut menaiki.

Kalau ikut peraturan mana boleh bas berhenti di kawasan lampu isyarat.

Terlalu berang dengan tindakan tersebut, pemuda berkenaan meluru ke arah pemandu sebelum bertindak meludah dan memberi ‘sebiji’ tumbukan kepada pemandu berkenaan.

Namun sikap biadap penumpang tersebut dapat dihentikan selepas pemandu mengurung lelaki berkenaan di dalam bas sebelum diserahkan kepada pihak polis di Lebuh Macallum, Pulau Pinang.

Sumber gambar: penanghill.gov.my

Penumpang berkenaan kini disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah dan Sekysen 323 akta sama kerana menyebabkan kecederaan.

Selepas kejadian tersebut tersebar, rata-rata netizen memuji sikap pemandu yang profesional kerana menjalankan tugas dengan baik dan tidak menaikkan penumpang ditempat yang salah.

Jika mengikut peraturan mana boleh penumpang menaiki bas sesuka hati kerana pihak berkuasa telah menetapkan tempat tertentu untuk penumpang menaiki bas.

Mungkin kejadian iktibar kepada kita semua supaya lebih patuh mengikut peraturan yang ditetapkan.