
Taufan eko-tropika Owen yang melanda utara Queensland pada hujung minggu, membawa angin kencang dan hujan lebat dengan sesetengah kawasan menerima jumlah hujan yang banyak.
Queensland Premier Annastacia Palaszczuk memberitahu penduduk reptilia besar itu kelihatan muncul dalam air banjir dan menggesa orang ramai berhati-hati, lapor agensi berita Xinhua pada Isnin.
Polis Queensland berkata terdapat laporan kemunculan buaya, termasuk kes seorang wanita berjaya diselamatkan ketika sedang dihampiri haiwan berkenaan.
Banjir mengakibatkan seorang lelaki berusia 18 tahun lemas ketika berenang di sebatang sungai di utara negeri itu.