
Rahezzal Shah Abd Karim dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sabah berkata negeri itu sentiasa mendakwa mereka masyarakat yang bertoleransi dan berbilang kaum. Oleh itu, beliau berkata Umno Sabah mungkin bimbang apabila kepimpinan pusat mula “selesa” dengan PAS.

“Terdapat kebimbangan yang mendalam dalam kalangan ahli Umno Sabah bahawa Umno akan lebih konservatif dari segi pendekatannya.
“Bersama dengan PAS pastinya sukar bagi Umno Sabah untuk menarik majoriti rakyat Sabah, yang menunjukkan PAS adalah jenama politiknya tidak sesuai dengan mereka,” katanya kepada FMT, sambil menegaskan rakyat Sabah menolak PAS, termasuk Bumiputera Islam.
Lee Kuok Tiung dari Universiti Malaysia Sabah juga bersetuju, menyatakan Umno pusat dilihat lebih banyak bekerjasama dengan parti Islam itu di Semenanjung berbanding sekutu Barisan Nasional (BN) iaitu MCA dan MIC.
Beliau berkata kerjasama Umno dan PAS membangkitkan kebimbangan bahawa Umno tidak lagi menegakkan perjuangan asal parti itu.
“Umno pernah dilihat sebagai parti Melayu sederhana yang bekerjasama dengan semua kumpulan etnik.
“Tetapi sekarang, ada yang melihatnya sebagai memperjuangkan hak Melayu dan Islam sahaja. Umno nampaknya menghabiskan lebih banyak masa dengan PAS daripada MCA dan MIC.”

Lee berkata Umno bercakap mengenai pembaharuan selepas pilihan raya umum 9 Mei, tetapi tidak mendatangkan hasil. Ini menyebabkan ahli kecewa, katanya.
“Umno Sabah adalah parti berbilang kaum. Terdapat ahli Kadazan, Dusun Murut dan penganut Kristian.
“Saya rasa inilah yang meletakkan Sabah Umno dalam dilema, apabila tiba-tiba anda merasa seperti anda tidak lagi berkongsi ideologi politik yang sama.”
Beliau memetik kenyataan pembukaan bekas ketua Umno Sabah, Datuk Hajiji Mohd Noor ketika mengumumkan kumpulan itu meninggal Umno minggu lalu, mengatakan Hajiji menjelaskan kebimbangan mereka kepada ahli bukan Islam.
Minggu lalu, 9 Adun, 4 ahli Parlimen, 2 senator dan 21 ketua bahagian Umno Sabah bertindak keluar Umno.
Ia diikuti 6 ahli Parlimen Semenanjung pada hari seterusnya menjadikan kerusi Parlimen Umno 37 berbanding 54 sebelum ini.
Rahezzal dan Lee pernah memberi amaran pada Ogos, berdasarkan perkembangan di Semenanjung, ia akan menjadi satu kesilapan besar jika Umno Sabah bekerjasama dengan PAS di negeri itu dalam pilihan raya yang akan datang.
Mereka berkata rakyat Sabah akan menolak politik kaum dan agama.
Pada masa itu, Lee mencadangkan agar kerajaan mempertimbangkan kedudukannya dalam Umno jika kepimpinan pusat terus bekerjasama dengan PAS.
Umno bekerjasama dengan PAS dalam siri pilihan raya kecil di Semenanjung untuk mengelakkan pertembungan.
PAS memutuskan untuk memberi laluan kepada BN untuk meletakkan calon Umno bertanding di kerusi Sungai Kandis. Bagaimanapun, Lokman Noor Adam ditewaskan calon PKR, Mohd Zawawi Abdul Mughni.
Timbalan Presiden Umno Datuk Seri Mohamad Hasan kemudiannya berkata BN akan tidak akan bertanding di kerusi DUN Seri Setia untuk membenarkan PAS bertanding di kerusi negeri itu.
PAS juga membayangkan ia tidak boleh bertanding di kerusi Balakong, yang akhirnya ditandingi MCA. Pakatan Harapan memenangi ketiga-tiga pilihan raya kecil tersebut.
Baru-baru ini, Umno juga berganding bahu dengan PAS membantah Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi (ICERD) di ibu negara.
Rahezzal memberitahu FMT sebab utama penghijrahan pemimpin Umno Sabah juga perjuangan.
“Mereka tahu Umno Sabah runtuh dengan siri pembelotan di Sabah, dan mereka tahu tidak ada jaminan jumlah itu akan kekal.
“Untuk tetap relevan, mereka perlu memutuskan sama ada untuk terus dengan Umno atau meneruskan platform lain,” katanya, sambil menambah kekurangan dana merupakan satu lagi faktor besar tetapi tidak ada yang luar biasa.
“Kami mendengar perkara ini sepanjang masa … bertukar-tukar parti supaya mereka boleh berkhidmat untuk kawasan mereka kerana dengan kerajaan bermakna mereka boleh mendapat akses penuh dari segi pembiayaan dan bantuan,” kata Rahezzal.
Sementara itu, Lee meramalkan perubahan besar dalam senario politik Sabah tidak lama lagi.
“Selepas PRU14, terdapat khabar angin bahawa Umno mungkin meninggalkan Sabah untuk memberi laluan kepada parti tempatan yang berpangkalan di Sabah. Nampaknya, ini boleh jadi.
“Lebih mudah parti kecil atau parti nyamuk membuat keputusan tetapi bukan untuk parti terbesar di Sabah.”