6 maut dalam serangan berkaitan kokain di Colombia

6 maut dalam serangan berkaitan kokain di Colombia

Insiden itu berlaku di kawasan luar bandar Mapiripan, di wilayah tenggara Meta pada Isnin.

Colombia merupakan pembekal utama kokain seluruh dunia.
BOGOTA:
Enam orang maut ditembak lelaki bersenjata tidak dikenali di kawasan yang terkenal dengan sindiket pengedaran kokain di Colombia.

Menurut komander tentera ke-7, Jairo Alejandro Fuentes mangsa terdiri semua lelaki itu maut dalam insiden yang berlaku di kawasan luar bandar Mapiripan, di wilayah tenggara Meta pada Isnin.

Presiden Ivan Duque mengutuk pembunuhan itu dan memerintahkan tentera menjalankan siasatan terperinci.

Pada 2017, terdapat 10 kes pembunuhan beramai-ramai di seluruh negara yang meragut 47 nyawa, demikian menurut Kementerian Pertahanan.

Selepas perjanjian damai dengan kumpulan pemberontak Revolusi Angkatan Tentera Colombia (FARC) pada 2016 keganasan berjaya dibendung, namun gerila dari Tentera Pembebasan Kebangsaan (ELN) masih aktif.

Pengedaran dadah terus menjadi perniagaan menguntungkan yang membiayai kumpulan bersenjata haram.

Kira-kira 209,000 hektar tanah di Colombia ditanam dengan kokain yang mengeluarkan hasil 921 tan setahun. Ia sekaligus menjadikan negara itu antara pembekal utama kokain di seluruh dunia.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.