Teknologi kamera semakin hari semakin canggih dan amat mudah diperolehi. Malah, saiz kamera juga semakin hari semakin mengecil dan agak mustahil untuk dilihat oleh mata.

Kalau dulu kamera seperti ini terhad untuk kegunaan pihak polis, penyiasat, wartawan dan pihak berkuasa, kini ia boleh didapati dengan mudah seperti di pasar-pasar malam atau gerai jualan jalanan.
Ini ternyata mengundang pelbagai isu dan masalah di mana banyak kes dikesan termasuk di Malaysia apabila pemilik rumah sewa dan hotel murah memasang kamera untuk merakam gambar bogel pengguna.
Baru-baru ini juga beberapa kes penemuan kamera tersemunyi di asrama dan rumah sewa dikesan, banyak lagi mungkin belum didedah. FMT Ohsem ingin anda semua lebih berhati-hati dan menyenarai antara barangan yang boleh dipasang kamera tersembunyi.
Lepas ini bolehlah lebih berhati-hati dan pasang peranti pengesan kamera di telefon pintar untuk mengesan keberadaan kamera.
7 barangan yang kerap didapati dipasang kamera tersembunyi:
Pendrive

Bekas sabun mandi dan syampu

Penyangkut baju

Jika anda membeli baju, pastikan berhati-hati membawa bersama penyangkut baju ke dalam bilik persalinan.
Jam dinding

Pengetip api

Pen

Berus basuh tandas

Pengecas telefon
Tidak sangka pengecas telefon anda sekarang pun sudah dijual dengan kamera.
Soket
Lubang soket di rumah atau tempat awam boleh dipasang kamera.Ia juga pernah beberapa kali didedagkan media masa. Harga soket kamera di pasaran juga tidak mahal dan mudah di dapati di pasaran.
Kepada wanita dan lelaki yang tinggal di rumah sewa, hotel atau mana-mana sekalipun, pastikan anda lihat keadaan sekeliling terutama dalam tandas. Jika ada intuisi yang tidak selesa, segera buat pemeriksaan sendiri. Ia boleh dilakukan dengan mengelapkan bilik dan cari cahaya kecil, biasanya bersaiz lampu LED yang menyala. Kemungkinan ada kamera tersembunyi jika anda mengesan lampu tersebut.