Lelaki tumbuk pemandu bas Rapid Penang didenda RM1,000

Lelaki tumbuk pemandu bas Rapid Penang didenda RM1,000

Lelaki itu mengaku bersalah namun merayu dikurangkan denda kerana hanya memperoleh pendapatan RM1,600 sebulan sebagai juruwang.

Sumber gambar: The Star

Ingat lagi kisah viral seorang lelaki yang menumbuk pemandu bas Rapid kerana tidak memberhentikan bas berkenaan ketika di lampu isyarat di Lebuh Macallum, Pulau Pinang?

Nampaknya, kebiadapan lelaki berkenaan dibalas apabila dia dikenakan denda sebanyak RM1,000 atas perbuatan tersebut.

Menurut Star Online, Lee Chee Wee dikenakan denda selepas dihadapkan di hadapan Majistret, Rosnee Mohd. Radzuan, di Mahkamah Pulau Pinang.

Lelaki berusia 46 tahun itu mengaku bersalah namun merayu dendanya dikurangkan memandangkan dia hanya memperoleh pendapatan RM1,600 sebulan sebagai juruwang, selain turut menjaga ibu bapanya yang uzur.

Kes tersebut dibicara di bawah seksyen 323 Kanun Keseksaan sebagai ugutan jenayah dan menyebabkan kecederaan.

Rakaman 25 saat menunjukkan Chee Wee masuk ke dalam bas, meludah dan menumbuk pemandu bas kerana tidak memberhentikan bas ketika dia mahu menaikinya sekitar pukul 7.30 malam pada Jumaat lalu viral di laman sosial.

Baca bagaimana kejadian ini berlaku: Pemandu bas Rapid ditumbuk

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.