Netizen puji Guan Eng sekeluarga terbang kelas ekonomi

Netizen puji Guan Eng sekeluarga terbang kelas ekonomi

Guan Eng dikatakan terbang kelas ekonomi dengan keluarga, isteri dan anak tanpa pegawai peribadi, pembantu khas atau pegawai keselamatan yang membantunya mendaftar masuk.

Sekeping gambar diviralkan dalam laman sosial menunjukkan kelibat Menteri Kewangan Malaysia, Lim Guan Eng dan keluarga di dalam pesawat penerbangan kelas ekonomi dari Melbourne, Australia.

Menurut posting pengguna Facebook bernama Vetri Sri Darren Nadarajah, seorang rakannya yang berada di Melbourne berkongsi pengalaman menaiki pesawat yang sama dinaiki Guan Eng.

“Terbang kelas ekonomi dengan keluarga, isteri dan anak. Tiada pegawai peribadi, pembantu khas atau pegawai keselamatan yang membantunya mendaftar masuk.

“Dia beratur sama seperti kami di lapangan terbang Melbourne dan dihidangkan makanan kelas ekonomi dalam pesawat,” katanya yang memuji tindakan beliau itu.

Posting yang dikongsi lebih 600 kali dihujani pelbagai respon netizen.

Eddie Edd misalnya menulis, “Ini contoh terbaik YB yang merendah diri.. tak manfaatkan wang rakyat untuk kepentingan kroni dan keluarga. Semoga terus sukses dan berjaya buat kerajaan persekutuan PH yang disanjungi rakyat jelata,”

Manakala ada yang mempersoal dengan menulis pemimpin itu sekadar mahu ‘show-off’ atau menunjuk.

“Dia membeli rumah beberapa juta ringit lebih murah dari harga pasaran. Pembeli yang rela, penjual yang rela,” tulis seorang netizen.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.