China ‘hukum’ warga Kanada bekerja secara haram

Minggu lepas pihak berkuasa China menahan 2 warga Kanada kerana disyaki membahayakan keselamatan negara itu.

BEIJING: Kementerian Luar China berkata, seorang warganegara Kanada kini dikenakan “hukuman pentadbiran” kerana bekerja secara haram di negara itu selepas kerajaan Kanada mendakwa 3 orang rakyatnya ditahan di China.

Wujud komunikasi diplomatik jelas antara Kanada dengan China, kata jurucakap kementerian Hua Chunying kepada media hari ini.

Minggu lepas, pihak berkuasa China menahan 2 warga Kanada dengan berkata, mereka disyaki membahayakan keselamatan negara itu.