
Mayat 2 pelancong wanita, masing-masing dari Denmark dan Norway dijumpai Isnin lepas di sebuah kawasan pergunungan yang terpencil, kira-kira 10km dari perkampungan pelancong di Imli, berhampiran bandar Marrakech.
Jurucakap polis, Boubker Sabik memberitahu media, “hipotesis pengganas itu tidak diketepikan”, dengan menambah penyiasatan sedang dijalankan bagi “mencapai rumusan akhir”.
Sabik berkata, 4 suspek terlibat secara langsung dengan pembunuhan itu, termasuk seorang yang ditahan berikutan serangan tersebut.
Pendakwa raya di Mahkamah Rayuan Rabat, dalam satu kenyataan semalam berkata, penyiasatan mendedahkan suspek merupakan “anggota sebuah kumpulan pelampau”.
Kenytaan itu juga menyebut, suspek lain telah dikenal pasti dan usaha menangkap mereka sedang dijalankan.