Ibu bapa, guru persoal pemansuhan peperiksaan Tahap 1

Murid tahap 1 tidak akan menduduki peperiksaan mulai tahun depan. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Memandangkan persekolahan akan bermula tidak lama lagi, beberapa ibu bapa dan guru sekolah rendah mengkritik pentaksiran “berasaskan objektif” yang akan diperkenalkan di sekolah mulai tahun depan.

Ia susulan pengumuman Menteri Pendidikam Maszlee Malik bulan lalu bahawa peperiksaan murid tahap 1 sekolah rendah iaitu dari Darjah 1 hingga 3 akan dimansuhkan mulai tahun depan.

Bercakap kepada FMT, Sarveswari Ramanaidoo, 26, mempersoalkan jika sekolah dapat mengesan prestasi murid dan berkata murid lebih baik mempunyai pentaksiran bersifat teori dan praktikal.

“Sekurang-kurangnya apabila mereka tahu ada peperiksaan dan mereka akan berusaha lebih. Tanpa peperiksaan, mereka akan mengalami kesukaran apabila memasuki universiti kelak,” kata suri rumah yang tinggal di Pulau Pinang itu.

Sarveswari, ibu kepada 2 anak berkata walaupun peperiksaan PT3 diubah untuk pelajar Tingkatan 3, ia dilihat “sangat mudah” untuk pelajar memandang ringan terhadap perkara itu.

Pada 2013, pelajar Tingkatan 3 mula menduduki PT3 menggantikan Penilaian Rendah Rendah (PMR). PT3 melihat beberapa subjek dinilai melalui projek, kajian lapangan dan tugasan.

Perunding undang-undang dan ibu kepada 3 anak, V Sasikala, 48, bersetuju dengan Sarveswari. Katanya, peperiksaan harus menyumbang 30% hingga 50% daripada gred keseluruhan bagi setiap mata pelajaran untuk sekolah rendah dan ia perlu meningkat kepada 70% untuk Tahun 6.

“Peperiksaan membantu anak-anak meningkatkan daya ingatan, menggunakan fakta-fakta yang sedia ada untuk menangani masalah mereka dan membiasakan mereka menangani masalah di mana mereka akan hadapinya kemudian hari,” kata Sasikala kepada FMT.

Sasikala dari Subang Jaya, berkata tidak semua 3 anaknya cenderung akademik. Tetapi dia berkata memansuhkan peperiksaan bukan penyelesaian yang tepat.

Rajini Saudranrajan, 39, yang anak perempuan bersekolah rendah, berkata peperiksaan tidak patut dimansuhkan untuk murid Tahun 1 hingga 6 tetapi dia tidak kisah jika ia diimplikasi kepada tahap 1.

Ahli perniagaan, Faten Rafie, 44, dari Pulau Pinang menyambut baik sistem pentaksiran baru itu dengan syarat persediaan dan kajian yang mencukupi berkenaan impaknya telah dijalankan.

“Satu kajian perintis perlu dilaksanakan sekurang-kurangnya 3 tahun untuk menangani beberapa isu. Hanya selepas itu latihan guru harus dimulakan.

“Kita perlu belajar dari pengalaman lepas di mana selalunya terdapat isu apabila sesuatu dasar diimplikasikan selepas sebulan atau beberapa minggu diumumkan.

“Ini tidak sepatutnya berlaku, terutamanya apabila ia melibatkan pendidikan anak-anak kita,” katanya kepada FMT, sambil menambah sistem itu hanya perlu bermula dengan mereka yang memasuki Tahun 1.

Mereka yang memasuki Tahun 2 dan 3 tahun depan harus meneruskan sistem peperiksaan lama supaya tidak mengelirukan kanak-kanak dan menyebabkan “tekanan tambahan kepada mereka dan guru”, kata Faten, yang menanggung persekolahan anak saudaranya di Tahun 4, tahun depan.

Tengku Emma Zuriana, 37, dari Langkawi menjalankan “home school” untuk anaknya selama 5 tahun dan berkata anaknya ternyata hebat. Dia menganggap anaknya tidak terbatas pada “doktrin pendidikan tertentu” dan mempunyai “dunia” sebagai sekolahnya.

Sementara itu, 2 guru dari sekolah rendah di Subang Jaya mendakwa mereka belum diberi taklimat mengenai sistem baru itu, sambil menambah mereka mungkin akan mengetahui lebih lanjut apabila sesi persekolahan bermula.

Hanya mahu dikenali sebagai Wong dan Hassan, mereka memberitahu FMT, mereka lebih suka sistem peperiksaan untuk semua pelajar kerana ia dibuat selama beberapa dekad dan memansuhkannya sekarang tanpa kajian adalah tidak tepat.

Seorang guru sekolah antarabangsa di Puchong, yang enggan mendedahkan nama, mengalu-alukan langkah itu.

Sekolahnya mempunyai kedua-dua sistem peperiksaan dan pentaksiran berasaskan praktikal dari sekolah tadika hingga ke peringkat menengah.

“Di luar akademik, para pelajar kelihatan baik. Jangan takut perubahan baru ini.”