Laporan forensik Adib akan keluar tak lama lagi

Laporan forensik Adib akan keluar tak lama lagi

Kerajaan akan mempertimbangkan kemungkinan untuk mengumumkan laporan kematian anggota bomba itu mengikut keperluan dan kesesuaian.

MUAR: Polis akan mengeluarkan laporan lengkap forensik kes kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim dalam beberapa hari lagi, kata Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin diberi taklimat berhubung laporan tersebut oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.

Beliau berkata pihaknya akan mempertimbangkan kemungkinan untuk mengumumkan laporan kematian anggota bomba itu kepada umum mengikut keperluan dan kesesuaian.

Dalam kejadian awal pagi 27 November lalu, Muhammad Adib, 24, cedera parah dipercayai dipukul sekumpulan perusuh di hadapan Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya dan meninggal dunia pada 17 Disember.

Mengulas mengenai kenyataan veteran DAP Lim Kit Siang bahawa parti itu akan meninggalkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) jika objektif Malaysia Baru dipinggirkan, Muhyiddin selaku presiden PPBM bersetuju dengan kenyataan tersebut.

“Yang penting sekarang bukan perasaan syak wasangka, tetapi semua parti komponen menentukan supaya matlamat Malaysia Baru dapat dilaksanakan namun ia tidak dapat dilakukan dalam tempoh hanya setahun.

“Kita nak buat Malaysia Baru mungkin akan libatkan proses transformasi, refomasi, ubah sikap, baiki ekonomi dan perbaiki hubungan antara kaum,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.