Pelajar Cina beragama Buddha skor 8A dalam UPKK

Pelajar Cina beragama Buddha skor 8A dalam UPKK

Terdahulu, abang Hui Ling, Por Jie Hao yang kini berusia 14 tahun pernah menduduki peperiksaan sama beberapa tahun dahulu dan mendapat 5A dan 3B.

Gambar Facebook

Sungguhpun berketurunan Cina Hokkien dan beragama Buddha, ia tidak menghalang kanak-kanak bernama Por Hui Ling ini mendapat keputusan cemerlang dalam Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK).

Menurut laporan Berita Harian, Hui Ling dari Kuala Nerus, Terengganu satu-satunya pelajar bukan Islam di Sekolah Kebangsaan Tok Jiring (SKTJ) yang mendapat keputusan cemerlang iaitu 8A dalam UPKK.

Terdahulu, abang Hui Ling, Por Jie Hao yang kini berusia 14 tahun pernah menduduki peperiksaan sama beberapa tahun dahulu dan mendapat 5A dan 3B.

Jejak abangnya itu mendorong Hui Ling menduduki peperiksaan tersebut untuk bersama-sama rakan Melayu yang lain.

Malah, ibu bapanya tidak pernah menghalang keputusan kedua-dua anaknya kerana percaya ilmu itu juga bernilai.

Subjek dalam peperiksaan UPKK ialah Ulum Syariah, Pelajaran Jawi, Lughatul al-Quran (Bahasa Arab), Penghayatan Cara Hidup Islam, Bidang al-Quran, Sirah, Adab dan Amali Solat.

“Memang seronok apabila berpeluang mempelajari semua subjek dalam UPKK terutama subjek Pelajaran Jawi,” katanya kepada akhbar itu.

Kanak-kanak itu mengakui dia antara murid lemah bahasa Jawi dan terpaksa menghadiri kelas tambahan yang diatur oleh guru sekolah itu pada setiap hujung minggu.

Hasil usaha dan kesungguhannya berjaya membuktikan dia bukan sahaja berjaya malah mendapat skor terbaik.

“Dalam tempoh beberapa bulan, saya berjaya menguasai kemahiran membaca dan menulis Jawi selain boleh membaca perkataan dalam Bahasa Arab,” jelasnya.

Guru Besar SKTJ , Abdul Aziz Deraman akui berbangga dengan kejayaan Hui Ling yang melakar sejarah baru kepada sekolah itu.

Walaupun Jie Ho pernah mendapat keputusan baik, tetapi kecemerlangan Hui Ling yang lebih baik ternyata mengharumkan nama sekolah sekaligus menjadi contoh kepada murid beragama Islam untuk turut cemerlang, kata Abdul Aziz.

Seramai 57 orang memperolehi 8A daripada daripada 138 murid yang menduduki UPKK di sekolah itu tahun ini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.