
Kementerian Luar Negeri (Wisma Putra) dalam kenyataan hari ini bagaimanapun meminta rakyat Malaysia di negara itu supaya sentiasa tenang dan terus mengikuti berita tempatan untuk mengetahui perkembangan terkini.
Menurut kenyataan itu lagi, rakyat Malaysia di Indonesia yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta menerusi emel [email protected] atau [email protected] atau menghubungi talian +62215224947 dan +6281380813036.
Tsunami dilaporkan melanda beberapa kawasan di Banten, pulau Jawa dan Lampung selatan, Sumatera, pada 9.20 Sabtu malam (waktu tempatan).
Setakat ini, pihak berkuasa tempatan mengesahkan seramai 43 orang meninggal dunia, manakala 584 orang cedera.