Bila fantasi Santa Claus seorang kanak-kanak dihancurkan Trump

Bila fantasi Santa Claus seorang kanak-kanak dihancurkan Trump

Netizen kesal dengan soalan Trump kepada kanak-kanak tersebut dan mengecamnya di laman sosial.

Menjadi tradisi White House berkomunikasi dalam talian untuk dengan kanak-kanak mengenai sambutan Krismas pada malam sehari sebelum perayaan itu.

Namun, satu panggilan dari kanak-kanak perempuan berusia 7 tahun menjadi tumpuan apabila Presiden Donald Trump bertanya jika kanak-kanak itu sebenarnya mempercayai kewujudan Santa.

Panggilan itu dijawab di ruang khusus di White House berlatarkan pokok dan hiasan lampu Krismas di mana Trump dan isterinya, Milenia Trump duduk bersebelahan dengan 2 talian masing-masing.

Menurut laporan, Trump dalam perbualan bersama seorang kanak-kanak perempuan bernama Collman Lloyd berkata,”Hello adakah ini Collman? Merry Christmas. Apa khabar? Berapa umur kamu? Macam mana dengan sekolah? Adakah anda masih percaya dengan kewujudan Santa? Pada usia 7 tahun ia agak marginal.”

Dalam laporan yang sama Collman yang tinggal di South Carolina dipercayai membalas Trump dengan menjawab, “Ya, saya percaya sir,” sebanyak 3 kali sebelum perbualan mereka ditamatkan.

Tambahnya, kanak-kanak itu juga tidak pernah mendengar perkataan ‘marginal’ dan persoalan Trump telah meletakkannya dalam kebingungan jika Santa benar-benar wujud.

Ekoran itu, Trump dikrikitik netizen di media sosial kerana mempersoalkan kepercayaan kanak-kanak berusia 7 tahun.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.