
Seorang remaja berusia 16 tahun di Gujerat, India diiktiraf sebagai individu dengan rambut terpanjang di dunia oleh Guiness Worlds Records (GWR).
Gadis yang dikenali sebagai Nilanshi Patel, digelar sebagai ‘Rapunzel hidup’ oleh rakan-rakannya kerana memiliki rambut sepanjang 170.5cm
“Saya sebenarnya ada pengalaman buruk memotong rambut sewaktu berusia 6 tahun. Penggalaman yang sangat buruk. Disebabkan itu, saya mengambil keputusan untuk tidak memotong rambut lagi sehingga ke hari ini,” katanya yang masih belum ada sebarang rancangan untuk memotong rambut itu.
Malah, Nilanshi juga mengakui tidak sukar untuk menjaga rambut panjangnya seperti mana alasan kebanyakan orang.
“Saya cuci rambut seminggu sekali dan membuat sanggul bila bersukan. Ibu saya membantu membuat tocang pada hari biasa,” katanya lagi.
Dia juga mengambil masa 30 minit untuk mengeringkan rambutnya dan sejam lagi untuk menyikat.