Pasangan kembar 6 tahun dikahwinkan bagi elak nasib malang

Pasangan kembar 6 tahun dikahwinkan bagi elak nasib malang

Ibu bapa pasangan itu juga tidak kisah jika anak mereka mencari pasangan masing-masing apabila membesar kelak dan perkahwinan yang dijalankan pada masa kini hanya sebahagian kepercayaan mereka.

Sepasang kembar yang baru berusia 6 tahun dikahwinkan oleh ibu bapanya kerana percaya mereka merupakan pasangan bercinta pada kehidupan lampau.

Kembar yang dikenali Guitar dan Kiwi diraikan sebagai pasangan dalam sebuah majlis mewah di Bangkok, Thailand dipercayai menelan ribuan pound, menurut laporan Daily Mail.

Ibu bapa kanak-kanak itu, Amornsan Sunthorn Malirat, 31, and Phacharaporn, 30, berkata, walaupun perkahwinan itu tidak sah dari segi undang-undang, tetapi ia dijalankan untuk melindungi dan mengelak sebarang perkara buruk berlaku ke atas kedua-dua anak tersebut.

Rakaman video menunjukkan Kiwi dan Guitar bersama ibu bapa, dalam persalinan yang menawan dan lengkap berjalan melepasi beberapa pintu dipercayai 9 ‘pagar’ untuk menghapus elemen negatif dan nasib malang.

Para tetamu juga dilihat berpakaian cantik, masuk bersama perarakan pasangan itu dengan menari-nari dalam suasana gembira.

Selepas itu, Guitar membayar mas kahwin sebanyak £4,832 (RM25,657) dan emas bernilai £1000 (RM5,309) kepada Kiwi sebelum menyarungkan cincin tanda berkahwin.

Ibu bapa pasangan itu juga tidak kisah jika anak mereka mencari pasangan masing-masing apabila membesar kelak dan perkahwinan yang dijalankan pada masa kini hanya sebahagian kepercayaan mereka.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.