Lelaki nafi dakwaan hubungan intim dengan Anwar

Adrielle Iman menepis dakwaan dia mempunyai hubungan intim dengan Anwar Ibrahim. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Seorang ahli perniagaan kosmestik mengancam tindakan undang-undang terhadap sebarang kenyataan yang mendakwa dia mempunyai hubungan intim dengan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Adrielle Iman berkata demikian selepas gambarnya menghadiri majlis semasa pilihan raya kecil Port Dickson dan satu klip video tular di media sosial.

Beliau berkata kehadirannya di majlis tersebut adalah sebagai ketua pegawai eksekutif AV Perfume dan duta Quantum Metal, penaja 5 majlis yang disertai presiden PKR itu ketika berkempen.

“Saya sokong dan memainkan peranan saya sebagai duta sahaja tidak ada apa-apa yang peribadi,” katanya di Instagram.

Adrielle berkata tindakan undang-undang akan diambil terhadap mereka yang menyebarkan berita tidak benar tentang dirinya.

“Cukuplah dengan permainan kotor politik ini, saya tidak layak diperkenakan sebegini, saya hanya rakyat biasa dan penyokong.

“Video saya bogel itu mana ada muka Anwar? Nak editor lagi padu saya boleh cadang videographer saya, dia edit lagi ‘tip top’ setakat video itu tidak lakulah bro,” katanya.