Pastor didakwa lakukan serangan seksual

Pastor didakwa lakukan serangan seksual

Jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara maksimum 30 tahun dan sebatan.

Ooi Kean Lye (kanan) diiring keluar dari Mahkamah Sesyen di Butterworth oleh anggota polis tanpa seragam.
BUTTERWORTH:
Seorang pastor didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini atas tuduhan melakukan serangan seksual terhadap seorang wanita berusia 24 tahun.

Ooi Kean Lye, 59, didakwa melakukan kesalahan itu di pangsapurinya pada 1 Disember lalu dituduh bawah Seksyen 377CA.

Jika disabit kesalahan, dia boleh dikenakan hukuman maksimum 30 tahun penjara dan sebatan.

Ooi mengaku tidak bersalah di depan Hakim Noor Aini Yusof.

Noor Aini menetapkan 29 Januari depan untuk pengurusan kes dan membenarkan ikat jamin sebanyak RM15,000.

Timbalan Pendakwa Raya Nazratul Natrah Mohd Yusof melakukan pendakwaan, sementara peguam Mohd Izad Buqhary Mohd Kamri mewakili Ooi.

Mangsa dilapor pergi ke rumah pastor itu untuk mendapatkan rawatan masalah sendi. Pastor itu menawarkan khidmat urutan dan terapi di rumah.

Pastor itu ditahan pada 18 Disember.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.