Gempa bumi magnitud 7.1 gegar selatan Filipina

Gempa bumi magnitud 7.1 gegar selatan Filipina

Gegaran berlaku berhampiran Pondaguitan pada jam 11.39 pagi waktu tempatan di kedalaman 49 km.

Sistem Amaran Tsunami Pasifik Agensi Perkhidmatan Cuaca AS mengeluarkan amaran ombak berbahaya ke semua pantai yang berada dalam lingkungan 300 km dari pusat gempa. (Gambar USGS)
MANILA:
Gempa bumi bermagnitud 7.1 menggegarkan pulau Mindanao di selatan Filipina, lapor agensi berita Xinhua yang memetik Institut Gunung berapi dan Seismologi Filipina (Phivolcs).

Institut itu berkata, gegaran berlaku berhampiran Pondaguitan pada jam 11.39 pagi waktu tempatan di kedalaman 49 km. Agensi Geologikal AS mengukur gegaran itu pada magnitud 6.9.

Sistem Amaran Tsunami Pasifik Agensi Perkhidmatan Cuaca AS mengeluarkan amaran ombak berbahaya ke semua pantai yang berada dalam lingkungan 300 km dari pusat gempa.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.