Awas jika ‘period cycle’ anda tidak teratur

Awas jika ‘period cycle’ anda tidak teratur

Masalah dalam kitaran haid harus diberi perhatian kerana ia boleh membawa kepada pelbagai komplikasi kesihatan wanita.

Haid ialah darah semula jadi yang keluar dari dalam rahim setelah seseorang perempuan itu mencapai peringkat umur baligh. Proses kedatangan haid yang lancar juga indikasi organ reproduktif wanita tersebut sihat.

Apa-apa masalah dalam kitaran haid harus diberi perhatian kerana ia boleh membawa kepada pelbagai masalah.

Memetik laman Web MD, haid boleh memberi ‘amaran’ mengenai beberapa perkara penting berhubung kesihatan anda sebagai seorang wanita.

Ini adalah 5 perkara mengenai kesihatan berkaitrapat dengan masalah kitaran haid anda.

1. Aliran darah haid yang banyak atau kurang

Jika aliran darah haid terlalu banyak sehingga kerap menukar tuala wanita atau tampon dan berlanjutan lebih dari seminggu, ia mungkin indikasi pada masalah lain.

Terdapat kebarangkalian ia punya kaitan dengan masalah organ pembiakan atau hormon, jangkitan penyakit, keradangan tulang pelvic atau darah terlalu cair.

2. Haid yang banyak dan kepenatan

Adakah anda kehilangan darah yang banyak dan rasa terlalu penat? Kekurangan sel darah merah yang banyak mengakibatkan anemia dan kekurangan zat besi.

Sekiranya anda bernafas secara pantas dan pendek, berasa lemah dan penat, kelihatan pucat, mempunyai denyutan jantung yang cepat, maknanya anda kekurangan sel darah merah.

Segera bertemu doktor untuk mendapatkan rawatan.

3. Terlepas haid

Ini perkara yang paling penting!

Jika anda sudah lama/lewat tidak datang bulan dan anda tidak hamil, maka hormon dalam badan anda tidak seimbang.

Segera berjumpa pakar sakit puan untuk mendapatkan bantuan.

4. Warna darah haid

Warna keungguan seperti buah beri: Menunjukkan paras estrogen yang amat tinggi. Biasanya terjadi pada kitaran haid ketika anda mengalami ‘heavy flow’.

Warna merah seperti jem strawberi: Warna sedikit cerah menunjukkan tahap estrogen yang rendah. Boleh mengakibatkan faraj kekeringan, rambut gugur dan keletihan.

Warna pekat seperti jus kranberi: Biasanya, wanita yang datang haid dengan warna ini akan mengalami PMS.

5. Sengugut

Kekejangan atau cramp yang dirasai di bahagian bawah perut boleh menyebabkan masalah kesihatan yang serius seperti endometriosis.

Endormetriosis adalah keadaan di mana tisu rahim mula tumbuh di bahagian luar rahim (di bahagian lantai pelvik).

Akibatnya, darah yang mengalir tersekat dan menyebabkan rasa kejang atau radang.

Tetapi sengugut akan hilang apabila anda semakin meningkat usia atau selepas anda melahirkan bayi.

6. Sakit kepala

Sakit kepala pada awal tempoh haid setiap bulan boleh dikaitkan dengan penurunan tahap estrogen atau pembebasan prostaglandin yang dikenali sebagai migraine haid.

Ia boleh dicegah dengan ubat penahan sakit seperti asid mefenamik dan naproxen atau doktor akan membantu anda memastikan tahap estrogen anda stabil.

7. Menopause tetapi masih ada haid

Wanita yang sudah menopause jarang kali mendapat haid. Bagaimanapun jika anda mengambil tamoxifen untuk kanser payudara, ada kemungkinan haid akan kembali. Selain itu, polyps dan kanser endometrial juga akan menyebabkan pendarahan semasa menopause.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.