8 maut bas terhumban dalam gaung di Mexico

Beberapa mangsa yang cedera dalam insiden bas jatuh gaung berada dalam keadaan serius. (Gambar AFP)

BANDARAYA MEXICO: Sekurang-kurangnya 8 maut manakala 48 lagi cedera apabila sebuah bas terhumban ke dalam gaung pada Ahad di negeri Guanajuato yang terletak di Mexico tengah, lapor agensi berita China Xinhua.

Nahas itu berlaku di Lecon, menurut pihak berkuasa bandaraya dalam satu kenyataan.

“Malangnya, terdapat 8 mangsa yang terkorban setakat ini, termasuk pemandu bas,” kata mereka.

Dikeluarkan pada 2015, bas malang itu menjalani pemeriksaan mekanikal terkini, menurut biro transit bandaraya tersebut.

Beberapa mangsa yang cedera berada dalam keadaan serius, kata Daniel Diaz, setiausaha kesihatan awam negeri kepada pemberita.

Antara mangsa yang cedera parah adalah seorang wanita hamil yang kandungannya berusia 35 minggu, kata Diaz.

Siasatan sedang dijalankan bagi menentukan punca nahas.