Chef Wan mengamuk melihat kualiti sambal tumis Air Asia

Chef Wan mengamuk melihat kualiti sambal tumis Air Asia

Chef Wan mempersoal kualiti penyampaian makanan penerbangan tambang murah Air Asia yang juga penerbangan kebangsaan negara.

Datuk Chef Wan naik berang melihat rakaman menunjukkan sambal tumis untuk hidangan makanan nasi lemak di Air Asia Premium Lounge yang kelihatan berair seperti kuah.

Rakaman tersebut dikongsi oleh seorang rakan Chef Wan selepas kesal dengan sambal tumis yang disediakan oleh pihak Air Asia di lobi premium ketika penerbangannya ke Bangkok.

“Katanya, dia rasa sangat jijik. Saya membalas, saya juga…. Kalau saya jadi ketua chef, saya pasti terajang tukang masak tersebut dan tidak akan membenarkan dia masuk dapur saya lagi.” tulis Chef Wan dalam muat naik Instagramnya.

https://www.instagram.com/p/Br8t_GpBJt3/

Posting panjang lebarnya turut mempersoal kualiti penyampaian makanan penerbangan tambang murah Air Asia yang juga penerbangan kebangsaan negara dan kepentingan mengekalkan imej Malaysia menerusi makanan yang dihidang.

“Inilah yang selalunya tukang-tukang masak yang tak ada hati berkerja, pemalas nak belajar menyediakan sambal tumis dengan baik dan betul dan akhirnya enggan terima aduan dari pelanggan yang tidak selesa,” tulisnya.

Tambah beliau, “Kualiti sambal ini sememangnya satu keaiban kepada kerjaya chef.”

Chef Wan juga menasihatan chef muda supaya memiliki dedikasi dan minat sebelum menyertai bidang masakan.

Ini kerana katanya, sambal tumis sedemikian boleh merosakkan imej masakan Melayu dan nasi lemak itu sendiri.

Beliau juga mengimbas bagaimana syarikat penerbangan MAS turut terima tempias selepas menghidangkan Nasi Lemak Telanjang beberapa lama dahulu.

“Pandai pula Air Asia gelakkan mereka!
Sekarang 2 x 5 !
Habisla lepas ni viral lagi.
Saya juga kena maki.
Padahal kita cuba memperbetulkan mereka.”

Muat naik tersebut mendapat 65,000 tontonan dan 500 komen dari orang ramai yang bersependapat dengan Chef Wan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.