Seorang pelajar universiti di Vermilion, Ohio langsung tidak boleh menjamah makanan selama 5 bulan berikutan penyakit gastroparesis yang dihadapinya.

Hannah Ritchie berkata, dia muntah 6 kali sehari dan ‘duduk’ di tandas hampir 30 kali berikutan keadaan masalah penghadamannya yang kronik dan otot perut yang lumpuh.

Memetik laporan Mirror.uk, pelajar jurusan kewartawanan ini berkata, dia tidak lagi dapat menjamah hidangan kegemarannya seperti pizza, biskut dan stik kerana terpaksa mendapat nutrisi melalui tiub susu yang dimasukkan melalui hidung.

Dia menjalani pembedahan pada Julai lalu bagi memotong pilorus, iaitu otot yang membenarkan perut untuk dikosongkan.

Dalam prosedur berkenaan, Hannah perlu memakai tiub suapan sementara yang memintas perutnya.

Tiub itu memberi nutrisi secara langsung ke usus kecil melalui hidung.

Ketika melalui prosedur berkenaan dia terpaksa berhenti makan sepenuhnya.

Hannah kini cuba menyesuaikan diri dengan kehidupan tanpa menjamah makanan dan keadaannya bertambah baik.

“Saya harap boleh sembuh dan menghadiri kuliah seperti orang lain selepas ini.

“Kadang-kadang rasa sangat tidak adil, tetapi pada masa yang sama, saya tidak boleh membiarkan penyakit ini mengawal hidup saya,” katanya.