Sektor pembuatan jatuh ketara sejak 2012, kata laporan

Ekonomi pembuatan mengecil setiap bulan dalam suku tahun ke-4, menurut tinjauan Nikkei. (Gambar Reuters)

PETALING JAYA: Sektor pembuatan mencatat kejatuhan ketara dalam tempoh 6 setengah tahun, menurut tinjauan Nikkei.

Indeks Purchasing Managers’ Nikkei (PMI) yang melapor dari Julai 2012 melaporkan sektor tersebut jatuh kepada 46.8 mata pada Disember berbanding 48.2 mata bulan lepas, lapor Nikkei Asian Review.

Bacaan di atas 50 mata menunjukkan pertumbuhan manakala bawah 50 mata menunjukkan penguncupan.

Laporan berkata ekonomi pembuatan mengecil setiap bulan dalam suku tahun ke-4.

Ia menambah kegenangan dalam pengambilan pekerja juga membawa kepada kemerosotan dalam sektor pembuatan.

“Kehilangan momentum pertumbuhan disebabkan oleh peletakan jawatan.”